Tuesday, February 10, 2009

RAWATAN BEKAM

Perkhidmatan kami :

  • Bekam lintah
  • Urutan Tradisional
  • Refleksologi
  • Mandi Wap

Boleh membantu bagi mengatasi masalah :

  • Senggugut
  • Bengkak
  • Gout
  • Resdung
  • Migrain
  • Kencing Manis
  • Sakit Pinggang
  • Barah
  • Batu Karang
Untuk Maklumat Lanjut :

En Isa (03-3180 3994 / 3996)

KURSUS TERNAKAN

Objektif Kursus :

Untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing di peringkat globalisasi bagi membentuk kumpulan yang berteraskan visi dan misi syarikat serta menyahut seruan kerajaan bagi menjana pendapatan yang maksimum sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kursus-kursus Ternakan :

  1. Cacing Tanah.
  2. Ikan Ketutu.
  3. Lobster Air Tawar.
  4. Lintah.
Pertanyaan lanjut sila hubungi :

Pn Sofiah Shafii (03-3180 3994 / 3996)
En Eandy Hayzal (016-3500009)

TRAINING CENTRE

Terletak di Bandar Sungai Emas, Banting Selangor. Kemudahan sekeliling seperti hotel, farmasi, medan selera, pusat membeli belah, kedai komputer, Cybercafe dan Balai Polis yang memudahkan peserta kursus dari serata Malaysia. Pusat Latihan AZR ini mampu memuatkan antara 50 hingga 60 orang peserta mengikut susunan 'Classroom Style' manakala 80 peserta mengikut 'Theater Style'. Bilik yang selesa dan berhawa dingin di lengkapi dengan Projektor LCD, papan putih, flip chart, surau dan tandas. Bilik sewa kami bukan hanya bagi peserta kursus sahaja tetapi terbuka juga disewa oleh orang ramai.
  • Harga sewa mengikut 'Package'.
  • Projektor LCD & Ceiling Screen 5 x 5.
  • Standing White Board.
  • Flip Chart & PA System.
  • Drinking Water.
  • A4 Paper, Pencil, & Mineral Pot.
  • Tandas & Surau.
  • Mineral water.

Monday, January 19, 2009

AZR Agro Centre Indonesia

Cawangan AZR Agro Centre di Indonesia

J1. Baturan Raya Blok BP 4,
Fajar Indah Solo, INDONESIA

Tel : 0271-5860 754

AZR Agro Centre Brunei

AZR Brunei diterajui oleh En. Saifullizan bin Haji Md. Noor pada dasarnya seorang jurutera yang masih bertugas di Shell Brunei Darussalam. AZR Brunei ditubuhkan pada pertengahan tahun 2008 tetapi telah didaftarkan perniagaan ini di Negara Brunei Darussalam pada 17 November 2008 atas nama AZR Aquaculture Company untuk produk berasaskan perikanan manakala dari segi pertanian pula, didaftarkan atas nama AZR Agro Company yang kedua-duanya beralamat di No 164 Kg Lubok Pulau, TD2541, Tutong, Brunei Darussalam.

Tujuan utama syarikat ini ditubuhkan dan AZR Agro Centre melebarkan sayapnya adalah kerana amat yakin dengan prospek yang ada di negara berkenaan. Sebuah negara kecil dan kaya dengan sumber alam. Dari pemerhatian, Negara Brunei belum lagi membangun sepenuhnya dan tiada teknologi yang canggih yang boleh diaplikasikan terhadap apa yang mereka ada. Justeru itu, kami mengorak langkah menggunakan kepakaran dan teknologi yang ada di negara kita ini untuk sama-sama memajukan industri pertanian dan perikanan untuk faedah kedua-dua negara.

Dari lawatan kami dan perjumpaan kami dengan Ketua Kampung Lubok Pulau, Tutong, Brunei iaitu En Abdul Rahman Abdul Samad dan En Haji Mohd Noor bin Mahadi, Ketua Bahagian Ekonomi MPK, apa yang kami akan bangunkan di daerah berkenaan adalah untuk pembiakan ikan air tawar bagi memberi peluang kepada orang-orang kampung berkenaan menjana pendapatan sampingan selain ternakan cacing tanah. Menurut En Abdul Rahman, Negara Brunei lebih mengutamakan pengeluaran hasil makanan. Oleh yang demikian, apa yang kami akan majukan nanti bertepatan dengan apa yang kerajaan Brunei perlukan seperti penternakan ikan air tawar dan penternakan cacing tanah untuk menghasilkan baja untuk menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang lebih bermutu dan bebas kimia. Buat masa sekarang , aktiviti belia di kampung berkenaan adalah projek penanaman padi seluas 1000 hektar dan juga kelapa. Menurut En Abdul Rahman juga, projek yang kami bakal jalankan telah mendapat mandat dari Menteri Luar Bandar Brunei.

Rancangan AZR Brunei seterusnya terhadap penternakan cacing tanah dan ternakan ikan air tawar adalah seperti apa yang dijalankan di Malaysia kini seperti pakej Kursus ternakan, belian balik hasil ternakan bagi menjana pendapatan AZRB itu sendiri dan hasil berkenaan akan dieksport dan juga untuk pasaran tempatan.

Seterusnya, pertemuan kami dengan Penolong Pengarah Pertanian bahagian Kajian Tanah dan Nutrisi Tumbuhan, Puan Hajjah Suria Zainudin menyokong kami sepenuhnya dengan projek berkenaan. Ini kerana, pihak kerjaan Brunei juga telah menbuat kajian terhadap baja organik najis cacing ini dan mereka telah war-warkan juga kepada petani-petani di Brunei. Setakat ini, Petani di Brunei masih tiada pendedahan sepenuhnya tentang kebaikan baja organik tersebut dan masih menggunakan baja kimia.Selain itu juga, petani di Brunei tidak mengusahakan tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan serta penanaman lain pada skala bersar dan tiada yang pernah mengkomersialkan. Pendekatan AZR sekarang ialah, mengajak petani untuk menanam pokok mengunakan baja yang dihasilkan oleh cacing dan seterusnya mencari pasaran untuk mereka ( kontrak farming). Begitu juga dengan baja, AZR Brunei akan mencari satu tempat pengumpulan, pemprosesan dan penjualan. Saranan kami juga mendapat sokongan kerana, kaedah kami ini menolong ramai pihak seperti penternakan kambing atau lembu yang kami akan beli dan gunakan untuk medium dan ia sekaligus dapat mengurang kos pelupusan bahan buangan. Kami akan bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar untuk membuat promosi besar-besaran tentang kebaikan dan keistimewaan baja organik berkenaan.

Projek yang kami bakal jalankan juga merangkumi penternakan ikan dalam sangkar. Sebenarnya, pertanian dan penternakan adalah berhubung kait. Daripada apa yang kami terima dari seorang penduduk dan juga pengusaha penternakan ikan air tawar di Sg Besar iaitu Pengiran Haji Ali bin Pengiran Haji Yaakub mendapati penternakan ini tidak berjalan dengan lancar kerana masalah-masalah tertentu.

Masalah –masalah tersebut merangkumi kesusahan untuk medapatkan benih serta makana(pallet) itu sendiri yang sangat mahal sehingga mencecah B$45.00 untuk kuantiti 20kg. Ia amat membebankan pengusaha berkenaan walaupun penternakan ikan dalam sangkar sebenarnya mendapat pulangan yang lumayan jika diuruskan dengan cara yang sistematik.Justeru itu, pihak kami akan cuba untuk memasarkan sendiri makanan ternakan ikan yang dihasilkan dari campuran cacing dengan harga yang jauh lebih murah dan berpatutan.Masalah lainnya, adalah pasaran yang menjunam serta harga yang tidak berpatutan. Dari penerimaan kami, Haji Ali meminta agar pihak AZR Brunei dapat menguruskan pasaran dan sebagainya berkenaan penternakan ikan dalam sangkar berkenaan.

Justeru itu, pihak kami mengambil inisiatif untuk berbincang dengan Pegawai Perikanan Brunei untuk menjadikan AZR Brunei sebagai pusat pengumpulan dan permasalahan dan seterusnya AZR Brunei akan mencari pasaran tempatan dan luar negara.

  • Trading
  • Marketing & Processing of Agriculture & Livestock Production
  • Extracts
  • Wholesaler
  • Import / Export & Service of Agricultural Products

AZR Agro Centre Malaysia

AZR Agro Centre was established in 2006 and is wholly owned propriety of Bumiputra which specialises in Agriculture and agro based industries. Various agro products were marketed by AZR namely the cultivation of earthworms, leeches, eels and other organic herbs and vegetables and also aquaculture.

Driven by competent professionals and strong workforce behind AZR, various products were introduced in promoting a holistic approach towards a healthy and nature-friendly lifestyle namely leech bloodletting (bekam lintah), Ling Zhi based products, Aloe Vera based products and cosmetics from worm extracts, among others.

AZR Agro Centre also aims to effectively fulfill its duties to catalyze the development of pharmaceutical production, biotechnology and related sectors throughout the state whilst giving stronger emphasis on entrepreneur intensification especially among Bumiputras.

Having a visionary leadership on-board certainly pays off because today, AZR is spearheading the vermiculture industry in Malaysia as it managed to garner a strong community of vendors under its flagname and also establishing an international branch in Solo, Indonesia under its 'ASEAN invasion' plan.